Blog yang ditubuhkan sempena Ulang Tahun ke 100 Al- Mashoor.Blog ini diuruskan oleh barisan Admin terdiri dari lepasan pelajar SMK Agama Al-Mashoor ( Lelaki) yang sekarang menuntut di IPTA seluruh negara. Page ' Alumni Al-Mashoor (L)' di FB adalah tinggalan usaha yang sudah terbiar dari tahun 2013. Kini, grup ini bangun menyahut seruan 100 Tahun Al-Mashoor dengan memaparkan kepada anda apa sahaja rekod dan catatan berkenaan Al-Mashoor.
Friday, 13 May 2016
Seorang Lelaki Di Pondok Jalan Scotland .
Bersama Arwah Mamu Nasir sebelum melangkah keluar dari Al Mashoor
Jarang saya kongsikan gambar saya dengan beberapa orang melainkan orang itu peribadinya hebat dan meninggalkan kesan dalam hidup saya. Gambar ini saya ambil sewaktu saat-saat akhir saya meninggalkan asrama Al-Mashoor Lelaki . Di sini Arwah Mamu Nasir berpesan ;
'Naim,nanti bila senang,jenguklah pakcik dengan budak-budak kat sini.''.
Saya jadi tiba-tiba teringat dengan beliau sewaktu rakan saya berkongsikan post FB tentang kedai Roti Canai Abg Syed/Fairuz berdekatan Sekolah Abdullah Munshi.Ada beberapa momen beliau menumpangkan saya dan kami bersama-sama mengisi waktu pagi di kedai roti canai. Semasa itu kami bersembang seolah-olah saya sebaya dengannya dan kami adalah orang tua 70-an yang duduk di kedai kopi bercerita waktu silam.
Kadang-kadang waktu Prep malam pun,kami masih bersembang dengan arwah Mamu sampai waktu tengah malam.Tanyalah kepada setiap putra Al-Mashoor tentang peribadi Mamu. Memandangkan kami ketika itu adalah pelajar paling senior, Mamu banyak berpesan tentang keadaan dunia semasa , realiti orang bandar yang sibuk cari rezeki dalam keadaan kesempitan wang, kepentingan agama dalam kehidupan dan banyak lagi cabang kehidupan.Memandangkan beliau ada darah Boyan, kami juga sering bertukar pandangan berkenaan Silat dan seni bela diri.
Jiwa Al-Mashoor ada pada Mamu tatkala beliau membicarakan tentang jatuh bangun anak bangsa di sekolah dan kaitannya dengan realiti yang berlaku di luar sekolah, khususnya di Pulau Pinang.Saya berguru banyak dengan beliau, kami kepimpinan pelajar di sekolah berkali-kali dipesan dengan nasihat untuk menjaga kebajikan adik-adik junior,didik mereka agar jadi 'seseorang' .
' Nanti dah berjaya, walaupun Mamu bukan sesiapa, datanglah melawat selalu ' .
Pagi itu sebelum kawad SUKSIS, saya terduduk lama di katil ketika menerima berita dari Mohd Hariz Jamil tentang pemergian arwah di sekolah kerana serangan sakit jantung.Beliau ditemui oleh seorang lagi pengawal keselamatan kerana tidak balik-balik dari meronda sekolah.Sekali lagi saya tidak sempat untuk berikan penghormatan terakhir untuk arwah.Hanya doa dari jauh dan sedikit memori yang akan saya simpan selama-lamanya di dunia.
Sampai hari ini, bila melawat Al-Mashoor, saya akan melihat ke pondok tersebut, sambil mengharap ada seseorang yang saya kenal waktu dahulu akan menyambut saya dengan senyuman dan sapaan mesra,namun saya sedar itu sekadar momen zaman silam dan hanya tinggal kenangan.
Terima kasih kerana meluangkan waktu membaca post ini. Pagi semalam juga, Pak Jang saya di Utan Aji , Perlis meninggal dunia.Beliau merupakan antara Abang kesayangan Abah
.Berita-berita kematian, terutamanya yang ada pertalian, memang buat kita insaf.Semoga insaf kita diterjemahkan dalam amal perbuatan.
Naim Almashoori,
29 November 2015.
p/s : Diambil dari catatan FB Muhammad Amirul Naim , 29 November 2015.
Thursday, 12 May 2016
Warung Pak Syed
Warung Pak
Syed
Kedai
ini sebetulnya agak ‘legend’ bagi pelajar Al-Mashoor. Malangnya, Junior-junior
ku kini sudah tidak mengenali dimana warung Pak Syed, ataupun kedai Roti Canai
Fairus yang terletak di Jalan Gemas. Mungkin ada seorang dua yang masih tahu,
itupun kalau aku yang buka cerita.
Kedai roti
canai milik keluarga India-Muslim ini bagiku secara peribadi adalah kedai roti
canai terbaik.
Definisi terbaik itu semestinya bukan terletak pada hiasan
dalaman ataupun faktor penarik lainnya, melainkan kesedapan roti canai itu
sendiri. Kuah pekat, dengan bawang dan yang paling wajib, lada dan kicap . Lada
dan kicap pada roti canai hanya sedap bagi kedai Pak Syed saja.Yang lain aku
dah pernah buat, tapi rasanya tak ‘umphh’ macam kedai Pak Syed.
Kedai ini memang strategik sebab terletak di
lorong kecil, berdekatan dengan Rumah P Ramlee, di belakang SMK Abdullah Munshi.
Strategik untuk pelajar Almashoor yang ‘ fly’ ke Cyber café. Terdapat dua Cyber
Café yang menjadi tempat tumpuan iaitu SK ( Swan Kuan) dan SM ( Swan Meng).
Dari situ juga , boleh berjalan kaki sampai ke Rope Walk ( Lorong Kulit) ,
pasar antik terbuka di waktu pagi yang menjadi tumpuan ramai orang untuk
berkunjung ke sana.
Kedai ini
tidaklah besar, malah boleh dikategorikan sebagai sempit. Ada meja panjang dan
beberapa meja mudah-alih yang boleh dibuka .Selalunya memang ramai orang yang
datang makan dan juga tak kurang beratur beli bungkus. Bagi kami, mendengar
percakapan Pak Syed ( baca : leteran) sahaja sudah cukup menghiburkan kami dan
buatkan kami tergelak sesama sendiri. Kalau pernah dengar bagaimana ‘Mamak
Penang’ bersembang , kamu mesti faham mengapa kami begitu tertarik untuk dengar
dan diam ketika mereka bercakap.
Semasa aku
dan rakan-rakan menyambung pengajian Pra-U ( Tingkatan 6) di Al-Mashoor, rasanya
boleh dikatakan amat kerap untuk kami berkunjung ke kedai Pak Syed.
Sememangnya, Tingkatan 6 agak bebas dan tidak terlalu terikat dengan peraturan
, tambah lagi dengan status sebagai pelajar Pra- U dan ‘Super Senior’, buatkan kami menikmati serba sedikit
kelebihan berbanding adik-adik yang lain. Aku ingat lagi , sewaktu ujian bagi
kertas ‘Speaking’ MUET ( Malaysia University English Test), kami empat orang
dengan selamba badaknya pergi berjalan kaki bergelak ketawa ke Kedai Pak Syed.
Kumpulan
‘speaking’ kami iaitu Aku, Izzul, Boolard dan Redhzuan merupakan kumpulan yang
pertama untuk diuji. Sewaktu makan di
kedai Pak Syed, aku perasan beberapa staf PPD ( Pejabat Pelajaran Daerah)
merenung kearah kami yang berbaju korporat rasmi Tingkatan Enam. Kami makan
seolah-olah tiada apa-apa dan akhirnya berjalan kaki balik semula ke sekolah
dengan rasa kekenyangan. Adakah ini yang dinamakan ‘fly’ secara terhormat ? .
Cikgu-cikgu
Al-Mashoor juga sering singgah Kedai Pak Syed, selalunya mereka beli bungkus.
Cikgu Razak , kaunselor merangkap warden asrama dan juga Teacher Nathira Beevi,
Guru pembimbing majalah sekolah antara guru yang sering belanja kami ketika
makan di Kedai Pak Syed. Bertambah senanglah hati , siapa tak mahu makan
kenyang secara percuma ?
Kini , boleh dikatakan setiap kali balik ke
Pulau Pinang, warung Pak Syed menjadi tempat re-union kami , untuk sama – sama menikmati
roti canai dan teh ais. Setakat ini, junior yang setia menuruti jejak langkah
kami adalah Mustakim ( Mantan Ketua Umum Asrama ) dan junior Silat Gayong
seperti Safwan, Amir, Izzan,Izzat,Anas dan lain-lain. Selepas zaman mereka saya
kurang pasti bagaimana kedai ini di mata putera Al-mashoor lainnya.
Selain rasa yang sedap, yang membuatkan kami
selalu berkunjung ke situ tak lain dan tak bukan adalah untuk mengimbas kembali
peristiwa pahit manis di Al-Mashoor. Warung Pak Syed menjadi sebahagian dari
hidup remaja kami. Mana mungkin kami lupa kenangan yang membentuk citra
peribadi sendiri di kemudian hari.
Jom kawan-kawan !
Subscribe to:
Posts (Atom)
