Pengenalan

Apa khabar Mashoorian ?
Alhamdulillah, pihak sekolah sudah mulakan usaha terbaik untuk sambutan A-lMashoor 100 Tahun.
Yang lain bagaimana ?

Kami merupakan  barisan Admin Page Alumni Al - Mashoor ( L) ,[https://www.facebook.com/Alumni-Al-Mashoor-L--221123017917…/} page yang kami gerakkan sejak kami di bangku pengajian pada hujung tahun 2011,sedikit cemerlang pada tahun 2012 dan akhirnya sudah tidak aktif menjelang tahun 2013 disebabkan beberapa perkara yang berlaku. Walaupun begitu, kajian dan maklumat kami tentang Al-Mashoor tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini. Menariknya , informasi yang terdapat dari page FB Alumni Al-Mashoor(L) sudah dikumpul dan dan didokumentasikan sebagai bahan kajian di bawah fail 'Al-Mashoor" di Arkib Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.
Tahun 2016 , menjelang 100 Tahun Al-Mashoor, barisan penggerak grup ini lahir semula dengan nama baru, Grup Jejak Warisan Al-Hadi . Hampir sebahagian dari kami pernah menjadi Sidang Redaksi (SIRED) Majalah PUTRA , majalah rasmi sekolah dan dari situ kami terdedah secara langsung dengan informasi mengenai Al-Mashoor. Terima kasih kepada guru yang tak jemu-jemu membantu. Nantikan projek baru dari kami.
Tujuan saya menulis maklumat begini bukanlah untuk 'claim' yang bukan-bukan, cuma kami perlu bertanggungjawab atas segala maklumat yang telah didedahkan. Ini juga sebagai post untuk mengajak rakan-rakan yang lain, mari kita sumbangkan seberapa banyak yang mungkin untuk AlMashoor tercinta ,tak kira dari aspek kewangan ,kepakaran dan sebagainya.
'Sekali Al-Mashoor, selamanya Al-mashoor.'

GRUP JEJAK WARISAN AL-HADI

No comments:

Post a Comment